Saturday, 12 May 2018

PAKEJ LEPAS BERSALIN ,Butterwoth,kepala batas,bukit mertajam,SELURUH KAWASAN PULAU PINANG (PENANG)


Postnatal care Urut Segar Sari Tradisional  Therapeutic massage and care
URUT BERSALIN RAWATAN :
Terapi Tradisional Terus Ke Rumah Anda. .
URUT BIASA UNTUK KESEGARAN TUBUH

Urut Tradisional javanesee :
 2.30 minit RM:130.00 +++ 

Urut Tradisional melayu :
 60  minit - 90 minit RM:80.00 ++

Urut Lepas Bersalin+Urut Susu+Urut Peranakan(sengkak )   1.jam30minit - 100 minit  RM:100.00 ++

Urut aura 
 2jam  Rm: 150.00 +++

Tungku 
1jam RM:70.00 +++

mengediang
30 minit RM:60.00 ++

Lulur Badan
 
60 minit RM:100.00 ++

Sauna herba/aura 
20 minit ke 30minit

urut hot stone
2jam30minit RM: 250.00

Urut batu jed               
2jam RM :180.00

NO UNTUK DI HUBUNGI:0194662396(sari) HANYA UNTUK WANITA SAHAJA!!!!
PAKEJ DI DALAM BAHASA MELAYU

Anda bebas untuk memilih pakej rawatan yang terbaik untuk anda:

Pakej Ekonomi MomcareSARI 3 hari (RM500.00)


1>Mandi Herba 3 pek
2>Urut Bersalin selama  1 jam 15 minit 3kali
3>Urut susu
4>Urut peranakakn(sengkak)
5>Urut stress
6>Bertungku seluruh badan 15 minit perut sahaja 3 kali
* temujanji diperlukan*tambahan kos pengangkutan jika luar dari kawasan
  berapit bukit mertajam PULAU PINANG.

Pakej melayu Ekonomi 3 hari (RM450.00)

1> Bersalin 1 jam Urut 3 kali
2>Urut susu
3>urut peranakan(sengkak)
2> Bertungku Herba perut 15 minit 3 kali 
3> mandian Herba 3 pek

MELAYU 1 Minggu Pakej hari7 (RM900.00)

1> Bersalin 1 jam Urut
2>Urut Susu
3>Urut Peranakan (sengkak)
2> bertungku seluruh 1jam
4> mandi Herba 7 pek
5>minyak herba
6> 30 minit Hadiah Percuma scrub badan
7>Benkung badan (PERCUMA) * kain bengkung tidak disediakan.

Pakej MELAYU 2 Minggu (RM1740.00)

1> Bersalin 1 jam Urut
2>Urut Susu
3>Urut Peranakan (sengkak)
4> Bertungku 1 jam
5> mandi Herba 14 pek
6>minyak herba 
7> 30 minit Hadiah Percuma scrub badan
8>Benkung badan (percuma)kain benkung tak disediakan.
CAj * Perjalanan TAMBAHAN JIKA keluar KAWASAN INI * Tasek Gelugor 13300 PULAU PINANG.

Ekonomi Jawa Pakej 3 hari (RM:550.00)

1> Bersalin 2jam
2>Urut Susu
3>Urut Peranakan (sengkak)
4> bertungku seluruh 1jam
5> Bertungku Herba perut sahaja 15 minit
6> mandian Herba 3 pek
CAj * Perjalanan TAMBAHAN JIKA keluar KAWASAN INI * berapit bukit mertajam PULAU PINANG.

Jawa1 Minggu Pakej hari 8 (RM1500.00)


1> Bersalin Urut 2.jam ke 2.jam30 minit 
2>Urut Susu
3>Urut Peranakan (sengkak)
4> bertungku 30 minit seluruh badan 7 hari
5> mengediang 5hari
6> bertangas 3 hari
7> mandi Herba 7 pek
8> minyak herba/aromaterapi 100ml 
9> mandi baby jika perlu Percuma
10> 30 minit Hadiah  scrub badan 1kali
11> Benkung badan (PERCUMA) * kain bengkung tidak disediakan.
CAj * Perjalanan TAMBAHAN JIKA keluar KAWASAN INI * berapit bukit mertajam PULAU PINANG.

 Pakej JAWA 2 Minggu (RM3000)

1> Bersalin Urut 2.jam 30 minit 
2>Urut Susu
3>Urut Peranakan (sengkak)
2> bertungku 14 hari
3> mengediang 14 hari
4> bertangas 3 hari
5> mandi Herba 7 pek
6> minyak herba 
7> mandi baby jika perlu Percuma
8> cukur rambut bayi 
9> 30 minit Hadiah  scrub badan 
10> Benkung badan (PERCUMA) * kain bengkung tidak disediakan.

CAj * Perjalanan TAMBAHAN JIKA keluar KAWASAN INI * Tasek Gelugor 13300 PULAU PINANG.

PAKEJ AURA 4  Rm: 700.00   hari                
1.Urut 9 aura 3 kali 2 jam                               
2.Tungku herba aura 7 warna  15 minit perut sahaja
3.Sauna stone 7 aura + herbs 1 kali 20minit ke 30minit      
4.Lulur aura 9 +herbs 1 kali 1 jam

pakej ini tidak termasuk  caj pejalanan
kerangan lanjut sila klip laman ini https://www.watsap.my/60194662396/pertanyaanpakej

Hubungi kami untuk tempahan & pertanyaan : :

wspp 0194662396

Monday, 30 March 2015

TIPS KESIHATAN


  1. Faedah: urutan segar sari terapi tradisional selepas bersalin //

    • 1> melancarkan perjalanan darah;
    • 2> mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
    • 3> menaikkan rahim;
    • 4> membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
    • 5> memecahkan lemak;
    • 6> mengetat dan membentuk tubuh;
    • 7> mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
    Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

    Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, program kesihatan posnatal Melayu juga merangkumi urut payudara. Ibu-ibu baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.

    Ibu-ibu baru yang melahirkan anak mereka secara normal di hospital-hospital tersebut (unit T&CM ini tidak terdapat dalam mana-mana hospital kerajaan yang lain pada masa ini) boleh menikmati urutan tradisional sebagai sebahagian daripada jagaan perbidanan.

    Lokia (pendarahan posnatum)




    Apa itu lokia? 

    Setiap wanita mengeluarkan darah selepas melahirkan bayi. Ini akan terjadi samada anda melahirkan bayi melalui vagina atau pembedahan caesarean. Ia dikenali sebagai lokia, dan merupakan cara badan anda mengeluarkan lapisan rahim selepas kelahiran. Ia boleh keluar secara pancutan kecil atau mengalir dengan lebih rata seperti haid biasa.

    Darah yang meleleh akan bertukar warna dan mengurang setelah pemulihan berjalan dan rahim mengecut. Pada mulanya, aliran lokia adalah merah terang, dan mungkin mengandungi darah beku. Dengan perlahan-lahan, ia akan bertukar menjadi merah jambu, kemudian warna coklat dan akhirnya, putih kuning.

    Anda mungkin berdarah bagi tempoh sependek dua atau tiga minggu atau sepanjang enam minggu selepas bersalin. Aliran akan berkurangan dengan perlahan-lahan. Lokia merah seharusnya tidak berlanjutan lebih dari dua minggu, walau bagaimanapun jika anda terlalu aktif, ia boleh datang semula. Jika anda perhatikan lelehan darah merah terang, itu petanda supaya mengurangkan aktiviti.


    Adakah saya perlu berbuat sesuatu tentang ini? 

    Sebenarnya tidak. Pastikan anda mempunyai bekalan tuala wanita materniti yang mencukupi sebelum kelahiran bayi. Dua atau tiga bungkus memadai.

    Pada mulanya, anda mungkin perlu menukar pad setiap jam atau dua jam, kemudian setiap tiga atau empat jam pada hari-hari dan minggu-minggu yang akan datang. Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas menukar pad.

    Anda mungkin juga ada luka di antara vagina dan anus (perineum). Anda perlu mengekalkan kebersihan bahagian badan ini untuk menghalang sebarang jangkitan. Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari dan tukar pad dengan kerap.

    Ada ibu-ibu yang suka menambah garam ke dalam air mandian, tetapi luka anda akan sembuh juga jika anda hanya menggunakan air bersih sahaja. 

    Bilakah saya harus hubungi doktor? 

    Hubungilah doktor jika anda mendapati simptom-simptom berikut, kerana ia mungkin petanda infeksi:
    • Lokia anda berbau busuk.
    • Anda menghidapi demam panas dan/atau menggigil.
    • Lokia tetap berat dan merah terang selepas minggu pertama;
    • Perut anda terasa sakit di bahagian bawah sebelah kiri atau kanan.

    Kadang-kala, pendarahan lebih berat dari biasa boleh berlaku 24 jam hingga enam minggu selepas bersalin. Ini dikenali sebagai pendarahan posnatum sekunder. Umumnya, kurang dari satu per 100 ibu baru menghidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh infeksi atau secebis plasenta tertinggal dalam uterus anda.

    Segera ke hospital jika:
    • pendarahan tiba-tiba menjadi berat, membasahi lebih dari satu tuala dalam sejam;
    • pendarahan kembali kepada merah terang empat hari atau lebih selepas kelahiran dan tidak reda walaupun berehat di katil;
    • lelehan mengandungi ketulan darah yang besar (lebih besar dari syiling 50 sen);
    • anda mula terasa pening;
    • denyutan jantung anda mula terpecut atau menjadi tidak teratur.

    Apabila anda mendapat rawatan yang betul untuk pendarahan posnatum sekunder, anda akan pulih. Anda boleh mengambil antibiotik atau menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cebisan plasenta itu.

    SUMBER DARI CATITAN  :baby center....
    0

    Tambah ulasan




  2. Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

    1.Kebersihan Diri
    • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
    • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
    • Tukar tuala wanita kerap
    • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering
    2.Pemakanan
    • Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan
    • Minum 6-8 gelas air
    • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran Kucai,Sawi dan buah OREN ,Tembikai .
    3.Penyusuan Susu Ibu
    • Bersihkan payudara setiap hari
    • Gunakan coli yang bersih dan selesa
    • Susukan bayi dengan kerap

    4.Rehat dan Senaman
    • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
    • Rehat yang secukupnya

    5.Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
    • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai

    6.Tanda -tanda Bahaya
    • Demam panas
    • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
    • Anemia
    • Pening/Sakit kepala
    • Sakit kaki atau bengkak
    • Sakit betis
    • Sesak nafas dan sakit dada
    • Meroyan
    • Sukar buang air kecil
    • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan

    Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas

    7.Perancang Keluarga
    Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan

    8.Rawatan Lanjut
    Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran.

iklan urut

https://www.facebook.com/1segarsari http://penjagaan-lepasbersalinsegarsari.blogspot.com/ http://1segarsari-terapitradisioanl.blogspot.com/

Total Pageviews

Popular Posts